4 Resipi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Terbaik

Resepi Bubur Nasi | Stew Epal | Lobak Kukus | Bubur Nasi + Tauhu + Kacang Pis
Saranan makanan pertama bayi yang terbaik ialah puri avokado. Namun begitu, ibu bapa harus pelbagaikan jenis makanan untuk bayi meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur, buah serta protein.
Walaupun makanan harus dipelbagaikan, ibu bapa perlu memperkenalkan hanya satu makanan pada satu masa. Sebagai contoh, mulakan dengan puri avokado. Setelah si manja dapat membiasakan diri dengannya, perkenalkan makanan kedua daripada kumpulan makanan yang lain pula.
Tunggu selama 4 hari selepas memperkenalkan makanan baru; ini akan membantu menentukan sama anda si manja gemarkan makanan yang baru diperkenalkan dan membolehkannya membiasakan diri dengannya. Dalam masa 4 hari ini, anda juga boleh mengesan tanda alahan kepada makanan, jika ada.
Pada usia 6-8 bulan, sistem penghadaman bayi baru matang. Tekstur makanan paling sesuai ialah cair, puri, kisar atau lenyek. Beri makanan pepejal 2-3 kali sehari disertai dengan susu ibu 5-6 kali sehari.
Berikut ialah cadangan resepi untuk kumpulan makanan bijirin, buah, sayur dan protein yang sesuai untuk bayi 6-8 bulan.
Kumpulan Bijirin
Bubur Nasi (Hidangan dua orang)
25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
450 ml (1¾ cawan) air
Cara memasak
Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
Hidangkan semasa panas.
Cadangan
Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.
Kumpulan Buah-buahan
Stew Epal (Hidangan dua orang)
100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
250 ml (1 cawan) air
Cara memasak
Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
Masukkan buah epal ke dalam periuk.
Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan
Hidang bersama susu ibu
Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.
Kumpulan Sayur-sayuran
Lobak kukus (hidangan dua orang)
60 g (½ cawan) lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak
Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus
selama 15 minit atau sehingga lembut.
Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang
secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.
Cadangan
Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran
Gabungan Kumpulan (Sayur, Protein dan Bijirin)
Anda disarankan untuk memberi makanan berasaskan bijirin, buah-buahan dan sayuran kepada bayi anda selama beberapa minggu sebelum memperkenalkan makanan daripada sumber protein seperti daging, ayam atau ikan.
Dengan memperkenalkan makanan daripada sumber protein anda bolehlah menggabungkan makanan tersebut dengan kumpulan sayuran atau bijirin seperti berikut:
Bubur Nasi dengan Tauhu dan Kacang Pis
(Hidangan untuk 2 orang)
25 g (2 sudu makan) beras
25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Cara memasak
Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.
Selamat Mencuba!
Sumber: Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan: Resipi Sihat untuk Si Kecil Anda (Jilid 1). 2011. Nutrition Society of Malaysia.
Lina Karim
-Pemilik website/blog www.islamicparentingnetwork.net
- Penceramah dalam bidang keibubapaan dan pendidikan al Quran kanak-kanak
- Penulis Ebook :
i) Ebook Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman
ii)Ebook Kenali Anak Anda,
iii) Ebook Panduan Mengajar Sendiri Mental Arithmetic pada Anak
iv)Ebook Teknik Baca Cepat
v) Ebook Belajar Semasa Tidur
- Kelayakkan Akademi :
i)Certified NLP (Neuro Linguistic Programming), USNFNLP
ii)Certified Ericsonian Hypnotherapy, AAH, US
iii) Diploma in Applied Science, UITM
iv) Diploma in Clinical Aromatherapy, IFPA, UK
Latest posts by Lina Karim (see all)
- Biar Anak Kenal Sejarah Tentera Salib di Malaysia - 2016/07/28
- Apa Yang Berlaku Bila Bulan Mengambang? - 2016/07/15
- Apa yang Perlu Diajar Dalam Homeschooling Generasi Ulul Albab Zaman Milenia - 2016/06/08