Mental Arithmetic & Right Brain Memory Technique, 9.00am – 5.00pm

RM200.00

Email
Sold By: Islamic Parenting Network

Description

 

 

Untuk Jadual atau tarikh terdekat, boleh layari link ini

Mental Arithmetik adalah membuat kiraan matematik dengan menggunakan otak kanan, iaitu daya imaginasi seseorang dalam fikiran). Biasanya ibubapa atau guru-guru akan mengajar kiraan/operasi matematik pada kanak-kanak menggunakan jari atau batu. Dengan Mental Arithmetic mereka akan menggunakan otak kanan/fikiran atau bayangan. Dibawah adalah Video Adik Darwish yang berumur 4 tahun lebih sedang melakukan Latihan Mental Arithmetic.
InsyaAllah jika dia diajar secara konsisten, pada umur 6 tahun dia akan mampu untuk melakukannya dengan sangat pantas. Permulaan peringkat mengajar kemahiran ini kepada kanak-kanak adalah dengan menggunakan alat bantu yang dinamakan Sempoa atau Abacus. Setelah kemahiran ini dicapai, kanak-kanak akandilatih untuk memindahkan sempoa pada bayangan otak  mereka sehingga terbiasa mengira dengan lebih cepat dan tanpa alat tersebut. Ianya bagus untuk meningkatkan kuasa otak kanan.
 
 
Kaedah pengajaran yang kami gunapakai adalah kaedah yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Tidak seperti mempelajari abacus biasa yang perlu menghafal 34 formula sebelum mereka memulakan operasi tambah atau tolak. Kaedah kami adalah Tanpa Formula!

 1) Merangsang serta menggilap potensi minda mereka

 2) Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan

 3) Menguatkan daya ingatan, tumpuan, ketajaman fikiran,

      tanggapan, analisa, imaginasi, kreativiti dan daya fikir.

 4) Meningkatkan kemahiran latihan untuk motor halus

Mental Arithmetik adalah latihan yang baik untuk mengembangkan potensi otak kanak pada seorang kanak-kanak. Mengikut buku “New York Times” dan “Business Week Best Seller” yang bertajuk Why Right Brainers Will Rule The Future, jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berupaya untuk menggarap potensi otak kanan mereka akan lebih cemerlang dalam kehidupan mereka bila dewasa nanti berbanding dengan yang tidak. Oleh itu ibubapa perlulah selalu memupuknya diluar sekolah. Di sekolah tidak banyak terarah kepada otak kanan yang melibatkan bayangan dan imaginasi ini. Kajian menunjukkan pembelajaran di sekolah lebih mengasah otak kiri kanak-kanak.  Kaedah Mental Arithmetic membuat  kiraan matematik dengan  menggunakan otak kanan, iaitu daya imaginasi seseorang (dalam fikiran).

 

Biasanya ibu bapa atau guru-guru akan mengajar kiraan/operasi matematik pada kanak-kanak menggunakan jari. Pengiraan menggunakan jari mempunyai kelemahannya dimana jika ia digunakan terlalu awal, kebanyakkan kanak-kanak dalam lingkungan 3-5 tahun masih belum boleh menguak jari-jari mereka untuk pengiraan dengan betul. Ini kerana kemahiran motor mereka masih belum tertib dalam koordinasi mereka. Jari juga mempunyai jumlah yang terhad untuk digunakan dalam operasi matematik.

Sebagai ganti, para ibu dan guru akan menggunakan batu atau lain-lain objek yang difikirkan boleh membantu kanak-kanak berkenaan. Ianya terhad kepada jumlah yang kecil kerana jika terlalu banyak ia akan memerlukan lebih banyak objek bantuan tersebut.  

IPN Abakus –  Mental Arithmetik adalah pengajaran Matematik yang sistematik bermula dengan mengajar kemahiran menggunakan alat bantu yang dinamakan Sempoa. Dalam masa yang sama, sempoa ini akan dilatih untuk dibayangkan pergerakkan maniknya hingga satu hari mereka boleh melakukan pengiraan tanpa menggunakan alat tersebut.

Kemahiran Abacus tersebut dipindahkan ke bayangan otak  mereka sehingga terbiasa mengira dengan lebih cepat dan tanpa alat tersebut. Ianya bagus untuk meningkatkan penguasaan otak kanan.

RBMA 28NOV(1)

 

Untuk Tarikh terdekat adalah pada 24 SEPTEMBER 2016.

Senarai Menunggu We will inform you when the product arrives in stock. Just leave your valid email address below.
Email Quantity We won't share your address with anybody else.