14. E-Book Mengajar Mental Arithmetik Beserta Video Tutorial

RM99.00

 

E-Book Mengajar Mental Arithmetik Beserta Video Tutorial

Email
Sold By: Islamic Parenting Network

Description

Mental Arithmetik adalah latihan yang baik untuk mengembangkan potensi otak kanak pada seorang kanak-kanak. Mengikut buku “New York Times” dan “Business Week Best Seller” yang bertajuk Why Right Brainers Will Rule The Future, jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berupaya untuk menggarap potensi otak kanan mereka akan lebih cemerlang dalam kehidupan mereka bila dewasa nanti berbanding dengan yang tidak. Oleh itu ibubapa perlulah selalu memupuknya sendiri di rumah kerana pengajaran di sekolah tidak banyak terarah kepada otak kanak. Kajian menunjukkan pembelajaran di sekolah lebih mengasah otak kiri kanak-kanak. Kaedah Mental Arithmetic membuat kiraan matematik dengan menggunakan otak kanan, iaitu daya imaginasi seseorang (dalam fikiran).

Biasanya ibu bapa atau guru-guru akan mengajar kiraan/operasi matematik pada kanak-kanak menggunakan jari. Pengiraan menggunakan jari mempunyai kelemahannya dimana jika ia digunakan terlalu awal, kebanyakkan kanak-kanak dalam lingkungan 3-5 tahun masih belum boleh menguak jari-jari mereka untuk pengiraan dengan betul. Ini kerana kemahiran motor mereka masih belum tertib dalam koordinasi mereka. Jari juga mempunyai jumlah yang terhad untuk digunakan dalam operasi matematik.

Sebagai ganti, para ibu dan guru akan menggunakan batu atau lain-lain objek yang difikirkan boleh membantu kanak-kanak berkenaan. Ianya terhad kepada jumlah yang kecil kerana jika terlalu banyak ia akan memerlukan lebih banyak objek bantuan tersebut.

Dengan Mental Arithmetik kanak-kanak memulakan pembelajaran ini dengan menggunakan sejenis alat yang lebih sistematik iaitu abakus atau sempoa. Permulaan peringkat mengajar kemahiran ini kepada kanak-kanak adalah dengan menggunakan alat bantu yang dinamakan Sempoa atau Abakus. Setelah kemahiran ini dicapai dengan bagus dan cekap, kanak-kanak akan dilatih untuk memindahkan sempoa pada bayangan otak mereka sehingga terbiasa mengira dengan lebih cepat dan tanpa alat tersebut. Ianya bagus untuk meningkatkan penguasaan otak kanan.

Berikut adalah antara kelebihan yang akan diperolehi oleh anak-anak kita jika diajar dengan menggunakan kaedah Mental Arithmetik:

1) Merangsang serta menggilap potensi minda sehingga berkembang dan mencapai fungsi yang maksima

2) Menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan

3) Menguatkan daya ingatan, tumpuan, ketajaman fikiran, tanggapan, analisa, imaginasi, kreativiti dan daya fikir. Minda berupaya membina keajaiban.Ianya dapat                    dicapai sekiranya mempunyai minda yang kuat

4) Penekanan yang seimbang dalam tiga aspek iaitu ‘Intellectual Quotient (IQ), ‘Emotional Quotient (EQ) dan ‘Spiritual Quotient (SQ) jika dilatih seiring dengan al Quran

5) Meningkatkan kemahiran latihan untuk motor halus

6) Melatih kanak-kanak pra sekolah untuk bersedia menerima arahan

 

Mental Arithmetik akan menjadikan anak anda :

• Berkebolehan mengira dengan PANTAS dan CEPAT

• Mencungkil KECERDASAN MINDA dalam merangsang daya tumpuan, pendengaran teliti, penglihatan dan displin masa

• Menambah KEYAKINAN DIRI disamping cekap dalam subjek Matematik

• Meningkatkan KECERGASAN REAKSI terhadap sesuatu, mudah mengikuti dan memahami pembelajaran guru

• Meningkatkan kemahiran KREATIF dan IMAGINATIF

• Meningkatkan kemahiran ANALISIS dan LOGIKAL

• Keupayaan PEMERHATIAN yang lebih tajam

 

Minda kanak-kanak berupaya membina keajaiban namun ianya perlulah digilap dari sekarang. E-book ini khusus untuk mereka yang berminat untuk mengeluarkan potensi otak kiri dan otak kanan pada akanak-kanak.

Siapa sesuai muat turun ebook ini?

  • Ibu Bapa (Yang langsung tidak pernah tahu apa itu mental arithemetik).
  • Guru yang ingin mempelajari ilmu mental arithmetik untuk diajar pada anak-anak murid seawal umur 3 tahun.
  • Kerana ia bakal membantu mereka mempelajari dan mampu mengajar anak sendiri di rumah.

Faktor Kewangan yang terhad, Yuran Mahal, kerumitan menghantar anak pergi-balik ke pusat tusyen ini selalu menjadi faktor ibu bapa tidak menghantar anak ke pusat tusyen mental arithmetik. Kini alasan ini tidak perlu lagi digunakan dengan adanya ebook ini.

 

Keseimbangan Fungsi Otak Kanan & Kiri dengan Kaedah Mental Arithmetik akan Mengoptimakan Potensi Minda Anak

 

Transformasikan diri anak anda kepada seorang yang meminati Matematik dan memperolehi keyakinan diri yang tinggi serta mampu menjadi anak yang analitikal, logik dan kreatif serta fokus di dalam pembelajaran dan kehidupan harian mereka. Berhentikan mereka daripada memikirkan bahawa menyelesaikan masalah pengiraan matematik adalah sesuatu yang sukar!

Ebook ini akan membuka minda anda tentang kaedah mempelajari dan Mengajar Mental Arithmetik yang kononnya “sukar” dan “susah” dan hanya sesuai untuk sesuatu kaum atau bangsa sahaja. Semuanya bermula dengan satu prinsip mutlak iaitu:

 

“Pemahaman Konsep yang betul, berkesan dan mudah dipelajari.”

 

Dengan mengajar Mental Arithmetik kepada anak anda ia Mampu meningkatkan tahap keyakinan diri anak anda. Mampu membuatkan anak anda lebih fokus dan bertindak balas dengan pantas. Mampu menyeimbangkan fungsi otak kanan & kiri yang akan meningkatkan potensi minda anak. Amalkan sahaja teknik-teknik dalam ebook ini.

Senarai Menunggu We will inform you when the product arrives in stock. Just leave your valid email address below.
Email Quantity We won't share your address with anybody else.