BK94-AL-QURAN KITABKU ENSIKLOPEDIA JUZ AMMA

RM49.00

Out of stock

Senarai Menunggu
Email
Sold By: kedaiberjaya

Description

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PANDUAN MEMBANTU ANAK-ANAK MENGHAFAZ AL-QURAN..

1. MENGENAL PASTI CARA ANAK-ANAK BELAJAR..

Perhatikan dengan baik cara anak-anak belajar. Adakah mereka lebih cenderung belajar melalui visual atau audio? Setiap anak-anak mempunyai kecenderungan masing-masing. Gunakan alat membantu yang dapat memudahkan mereka menghafaz.Rakaman atau kad bergambar boleh digunakan dalam proses menghafaz.

2.  MENGULANG-ULANG..

Cara terbaik untuk menghafaz adalah dengan mengulang-ulang bacaan.Mulakan pada waktu pagi dengan memasang bacaan ayat al-Quran. Pada waktu anak-anak hendak tidur juga diperdengarkan bacaan ayat al-Quran. Ajar mereka membaca doa atau hadis. Selain terlindung daripada godaan syaitan, mereka juga boleh membiasakan diri dengan sebutan bahasa Arab.Baca surah yang sedang dihafaz oleh anak-anak semasa menjadi imam solat. Selepas menunaikan solat, ulang surah tersebut..

3. MEMBERI PERMAHAMAN..
Ceritakan dan bincangkan tentang isi kandungan dam hikmah yang terdapat di dalam surah yang dihafaz oleh anak-anak. Selain itu, ceritakan juga maksud surah tersebut .Gunakan gaya cerita yang menarik.Boleh juga menggunakan alat bantu seperti boneka tangan, Anak-anak biasanya akan berasa seronok mendengar cerita. Jika kita bercerita dengan cara yang menarik, anak-anak akan terkesan dan memudahkannya menghafaz.

4. MEMBERI MOTIVASI..

Mengajak anak-anak menentukan matlamat yang ingin dicapai.Tidak perlu meletakan matlamat yang terlalu tinggi. Lebih baik mereka menghafaz sedikit tetapi tidak konsisten berbanding banyak tetapi tidak konsisten. Akibatnya, mereka akan cepat menghafaz tetapi cepat jua lupa.

5. MEMBERI HADIAH..

Hargai usaha dan prestasi mereka dengan memberi hadiah. Boleh juga memberikan markah setiap ayat yang dihafaz. Markah akan dipotong jika mereka terlupa ayat yang pernah dihafaz. Mereka akan bersemangat mengumpul markah. Apabila mereka Berjaya mencapai matlamat, berikan mereka hadiah. Jika mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh namun hasilnya kurang memuaskan, berikan juga hadiah untuk menghiburkan hati mereka. Berikan pujian dan motivasi sehinnga anak-anak bersemangat untuk terus menghafaz.

6. MEMBUAT CARTA KHAS..

Ajak anak-anak membuat graf kemajuan dalam hafazan secara berkala. Graf kemajuan tidak semestinya berbentuk carta tetapi boleh juga menggunakan sistem menyambungkan titik.Satu titik untuk setiap ayat sehingga akhirnya semua titik disambungkan setelah satu surah berjaya dihafaz. Buat graf kemajuan tersebut di atas kertas dan tampal di dinding rumah supaya mereka selalu melihatnya.

7. AKTIVITI/PERMAINAN..

Sebagai selingan untuk anak yang sudah boleh membaca, buat permainan atau kuiz berkaitan dengan surah, doa atau hadis yang sedang dihafaznya. Tulis perkataan, ayat atau surah yang akan dihafaz di atas kertas-kertas kecil.Kemudian minta anak-anak menyusun ayat tersebut menjadi surah penuh (seperti puzzle ). Untuk anak-anak yang belum pandai membaca,” permainan teka ayat “ juga boleh dilakukan untuk membantu proses menghafaz. Bacakan potongan kemudian minta anak meneruskannya.

8. BERKUMPUL..

Kumpulkan ahli keluarga atau rakan-rakan anak anda.Buat majlis kecil-kecilan.Minta anak-anak bergilir-gilir melakukan pengulangan di hadapan penonton,Selain daripada mereka lebih bersungguh-sungguh menghafaz, mereka juga akan menjadi lebih berani untuk tampil di hadapan umum. Ini akan memupuk keyakinan diri mereka.

9. SUASANA YANG TENANG..

Menghafaz al-Quran akan menjadi mudah bagi anak-anak jika diajar dalam suasana   yang menyenangkan. Perhatikan suasana hati anak. Tidak perlu memaksanya untuk menghafaz keyika emosinya sedang tidak stabil. Cari tempat, waktu dan suasana yang sesuai meningkatkan mood anak-anak.

Senarai Menunggu We will inform you when the product arrives in stock. Just leave your valid email address below.
Email Quantity We won't share your address with anybody else.