Merancang Bidang Ilmu & Kerjaya Untuk Anak Kita

Pernah tak kita bertanya kenapa perangai anak yang ini lain dari anak yang itu. Sedangkan kita didik mereka sama rata? Kesukaannya, minatnya, personalitinya lain-lain. Kenapa tidak sama?
Ini adalah personaliti semulajadi manusia yang bukan atas kuasa kita untuk memilih. Ia berada dalam darah dan DNA mereka. Saya pernah menulis tentangnya didalam blog saya pada tahun lepas. Boleh lihat link ini jika ingin membacanya. Itu hanya cakupan kecil tentang kajian psikologi personaliti manusia atau lebih khususnya untuk kita mengetahui dan mengenali anak-anak kita.
Kenali personaliti anak-anak kita adalah penting sebelum kita merancang masa depan mereka. Ini adalah antara topik yang akan saya kongsikan dalam “Seminar Professional Quranic Masterplan” nanti. Alhamdulillah penyertaan telah pun penuh minggu lepas. Jadi untuk mereka yang tidak dapat hadir, saya akan kongsikan disini sahaja.
Sebagai contoh, anak perempuan saya, Darwisya suka melukis. Kemana dia pergi, dia akan membawa sebuah buku, pensil atau pen. Didalam kereta bergerak pun dia akan melukis pemandangan yang dilihatnya dijalanan. Ada satu ketika, pintu dan dinding pejabat saya penuh dengan lukisannya hingga saya terpaksa berkata kepadanya, jika ingin gantungkan hasil lukisannya, eloklah dirumah kita sahaja.
Anak lelaki saya Darwish pula adalah sebaliknya. Betapa saya telah cuba memupuk minat melukis itu dari kecil. Saya hantar ke kelas melukis di cawangan Da Vinci setiap minggu. Dari kecil sudah saya belikan buku mewarna dan melukis. Cuba mewarna dan melukis bersamanya. Tetapi itulah sesi belajar yang paling dia cuba elakkan. Oleh kerana saya tahu dia suka mendengar cerita tentang Sultan Muhammad al Fateh, saya ambil kesempatan dengan bercerita betapa Al Fateh suka melukis. Untuk jadi al Fateh kita perlu pandai melukis.. hmmm…
Apakah ini? Sebenarnya ia adalah tanda untuk kita. Tanda untuk membantu kita mengenali siapa anak kita, yang akan digunakan untuk merancang masa depan mereka. Dari situ kita tahu ilmu yang sesuai untuk mereka ceburi sejak dari kecil lagi bagi kerjaya yang mereka sukai akan datang.
Jangan jadi ibubapa zaman dahulu, bila lihat hebatnya anak orang lain jadi doktor, semua anaknya sendiri disuruh jadi doktor. Ada doktor yang stress dan ada doktor yang enjoy dengan kerjayanya. Mungkin kerana dia tahu ia tidak sesuai dengan jiwanya namun oleh kerana itu bidang yang diambilnya dulu.. teruskan sahaja lah.
Saya ambil kata-kata Steve Jobs :
“Your work is going to fill a large part of your life. The Only way to be truly satisfied is to do GREAT WORK. And the only way to do great work is to LOVE WHAT YOU DO.”
Kajian tentang personaliti ini sebenarnya telah ada sejak abad ke-18 oleh pakar psikologi yang terkenal hingga adanya deskripsi “Carl Jung’s and Isabel Briggs Myers’ typology”.
INGIN TAHU TENTANG PERSONALITI ANDA DAN BIDANG KERJAYA YANG SESUAI? Inilah langkah asas sebelum kita merancang masa depan anak kita nanti. Jom kita cuba untuk diri kita dulu. Ikuti langkah-langkah untuk mengetahui personaliti kita dengan :1. Melakukan Psyshology Personality test disini (sila klik). Selepas butang ‘Submit’ ditekan, keputusan akan dikeluarkan samada anda ISTJ, ISTF dan sebagainya..
2. Dapatkan Laporan Penuh dan baca tentang diri anda. Menariknya ia banyak kebetulan. Juga lihat kerjaya, cara belajar yang sesuai (jika anak, boleh apply untuk ajar anak) dan sebagainya untuk type anda
3. Bandingkan dengan kerjaya anda sekarang dengan kerjaya yang sepatutnya sesuai dengan anda dicarta dibawah. Dan fikirkan jika ia boleh dilakukan untuk anda anda sebagai panduan untuk merancang masa depannya. Sememangnya boleh
1. Melakukan Psyshology Personality test disini (sila klik). Selepas butang ‘Submit’ ditekan, keputusan akan dikeluarkan samada anda ISTJ, ISTF dan sebagainya..
2. Dapatkan Laporan Penuh dan baca tentang diri anda. Menariknya ia banyak kebetulan. Juga lihat kerjaya, cara belajar yang sesuai (jika anak, boleh apply untuk ajar anak) dan sebagainya untuk type anda
3. Bandingkan dengan kerjaya anda sekarang dengan kerjaya yang sepatutnya sesuai dengan anda dicarta dibawah. Dan fikirkan jika ia boleh dilakukan untuk anda anda sebagai panduan untuk merancang masa depannya. Sememangnya boleh
Soalan yang sama boleh diubah jawapannya dengan pemerhatian kita pada anak-anak kita. Saya telahpun melakukan untuk anak-anak saya dan saya sendiri. Ini membantu saya mengetahui potensi mereka dan menjuruskan perancangan ke arah itu. InsyaAllah kita tidak mengharap langit dan bintang dengan menghalakan impian kearah yang bukan bidang kekuatan mereka. Saya dan anak-anak mempunyai personaliti berbeza. Namun saya raikan kerana ia lengkap-melengkapi. InsyaAllah membantu untuk saya merancang masa depan mereka. – Profesional Quranic Masterplan
Lina Karim
-Pemilik website/blog www.islamicparentingnetwork.net
- Penceramah dalam bidang keibubapaan dan pendidikan al Quran kanak-kanak
- Penulis Ebook :
i) Ebook Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman
ii)Ebook Kenali Anak Anda,
iii) Ebook Panduan Mengajar Sendiri Mental Arithmetic pada Anak
iv)Ebook Teknik Baca Cepat
v) Ebook Belajar Semasa Tidur
- Kelayakkan Akademi :
i)Certified NLP (Neuro Linguistic Programming), USNFNLP
ii)Certified Ericsonian Hypnotherapy, AAH, US
iii) Diploma in Applied Science, UITM
iv) Diploma in Clinical Aromatherapy, IFPA, UK
Latest posts by Lina Karim (see all)
- Biar Anak Kenal Sejarah Tentera Salib di Malaysia - 2016/07/28
- Apa Yang Berlaku Bila Bulan Mengambang? - 2016/07/15
- Apa yang Perlu Diajar Dalam Homeschooling Generasi Ulul Albab Zaman Milenia - 2016/06/08