Hafiz Al Quran 30 Juzuk Dipenjara Malaysia

Siapakah Dia?
Ketika saya sedang melayari internet hari ini, saya terserempak dengan video ini. Bacaannya sungguh merdu. Keadaannya seperti dia berada terkurung didalam penjara. Keadaan sebagaimana layak seorang tahanan. Rata-rata memuji suara beliau dan kemudian berteka teki samada dia seorang penjenayah yang telah bertaubat, kesalahan masa silam, orang yang baik juga buat silap dan sebagainya.
Memang tidak dapat dielakkan manusia dilahirkan dengan perasaan ingin tahu yang tinggi, lebih-lebih lagi ingin tahu tentang apa yang berlaku terhadap orang lain sehingga mereka terlupa mencari kehebatan diri mereka sendiri. Untuk manfaat diri kita sendiri, Rasulullah s.a.w menyarankan kita untuk sentiasa bersangka baik. Bukan sahaja pada orang lain, malah kepada diri kita sendiri juga. Rasullullah mengajar kita prinsip Law of Attraction.. Jika memikirkan yang baik, maka kita akan selalu terjumpa benda atau perkara yang baik. Jika kita memikir dan bersangka jahat sebaliknya akan berlaku. Kenapa kita tidak terfikir kisah Nabi Yusuf? Nabi Yusof yang seorang Nabi juga pernah dipenjara sedangkan dia tidak bersalah. Malah setelah keluar dari penjara, darjatnya telah dinaikkan Allah. Begitulah jika seseorang itu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah tidak kira apa ujian yang telah Allah berikan kepadanya.
Selalulah kita bersangka baik dengan orang disekeliling kita. Terutama yang dekat dengan kita contohnya suami kita dan anak-anak kita. Sifat bersangka baik ini akan mengelakkan cemburu buta dan rumahtangga kekal lama bagi suami isteri dan juga menjadikan anak-anak rasa dipercayai dan yakin diri jika dilakukan pada anak-anak. Manfaatnya luas. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai medan latihan dimana ia sahaja untuk menahan lapar dan dahaga, malah menahan dari mengumpat, mencaci dan buruk sangka.
Pemuda yang mengalunkan ayat al Quran itu adalah seorang hafiz 30 Juzuk yang juga imam di Kelantan yang berasal dari Burma. Beliau duduk di Madrasah sejak kecil lagi. Pernah belajar di Seri Petaling, seorang yang tawadduk dan sering berpuasa.
Apa Yang Terjadi?
Beliau ingin pulang ke kampung halamannya tetapi malangnya tiada dokumen perjalanan yang sah dan inilah yang menyebabkan beliau ditahan.
Mungkin ceritanya lebih panjang lagi. Seperti saya yang pernah ditahan kerana memandu sambil memegang telefon bimbit, saya diberi 2 pilihan. Samada memberi ‘hadiah’ atau nama akan ditulis sebagai pesalah diatas kertas samannya. Jika pilihan pertama maka pena yang mereka ada itu tidak akan digunakan. Jika pilihan kedua maka pena tersebut akan dikeluarkan untuk menulis saman. Alhamdulillah.. saya kalah didunia dan menagn diakhirat nanti. Satu pengajaran yang baik buat saya. Semenjak dari hari itu saya tidak lagi melakukan ‘dosa’ itu. Dan untuk dia juga.. mungkin pilihannya adalah biarlah dia di penjara. Maka pena mereka telah dikeluarkan.. Mungkin sebab itulah dia mengalunkan surah al Qalam yang bermaksud PENA dari ayat 10 hingga ayat 28.
Terjemahan Ayat Surah Al Qalam (The Pen)
10. Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya).
11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
12. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa,
13. Yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya,
14. Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)?
15. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.
16. (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) – Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
17. Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; –
18. Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
19. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
20. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
21. Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain –
22. (Setengahnya berkata): “Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya”.
23. Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
24. “Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu”.
25. Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
26. Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: “Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)”.
27. (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: “Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)”.
28. Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?”
[hcshort id=”15″]Semoga dapat dipanjangkan post ini supaya berjumpa akan insan yang berkemampuan menyelesaikan masalahnya. Masalah tiada document itu apa lah sangat berbanding dengan kebolehan dan kelebihan yang dimilikinya. Jika saya jadi pemerintah, mereka yang menghafal 30 juzuk al Quran ini akan saya berikan kerakyatan Malaysia terus.
Sumber :
Lina Karim
-Pemilik website/blog www.islamicparentingnetwork.net
- Penceramah dalam bidang keibubapaan dan pendidikan al Quran kanak-kanak
- Penulis Ebook :
i) Ebook Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman
ii)Ebook Kenali Anak Anda,
iii) Ebook Panduan Mengajar Sendiri Mental Arithmetic pada Anak
iv)Ebook Teknik Baca Cepat
v) Ebook Belajar Semasa Tidur
- Kelayakkan Akademi :
i)Certified NLP (Neuro Linguistic Programming), USNFNLP
ii)Certified Ericsonian Hypnotherapy, AAH, US
iii) Diploma in Applied Science, UITM
iv) Diploma in Clinical Aromatherapy, IFPA, UK
Latest posts by Lina Karim (see all)
- Biar Anak Kenal Sejarah Tentera Salib di Malaysia - 2016/07/28
- Apa Yang Berlaku Bila Bulan Mengambang? - 2016/07/15
- Apa yang Perlu Diajar Dalam Homeschooling Generasi Ulul Albab Zaman Milenia - 2016/06/08