Resepi Minuman Detoks Untuk Kurus

Mahu kurus dengan cepat? Lupakan saja pil atau ubat-ubatan supplemen kurus kerana ia bukan cara selamat untuk menguruskan badan. Penyelesaiannya mudah iaitu senaman.
Menerusi senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan proses penurunan berat badan.
Namun tidak seronok pula bersenam tanpa diselang-selikan dengan pengambilan makanan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu.
Di negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan.
Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
Bagaimanapun, minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbitkan 25 tahun lalu.
Minuman ini menggunakan buah-buahan kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita rasa kenyang lalu mengurangkan pengambilan makanan.
Menurut pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed, minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh.
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan – khususnya pada bahagian hati – tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan.
“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkatkan lagi sensitiviti insulin.
“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.
Azlan bagaimanapun menegaskan pentingnya menyeimbangkan senaman dan diet dalam aktiviti harian.
“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak.
“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.
“Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya.
Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana
1 limau gedang (potong nipis)
1 limau nipis (potong nipis)
1 lemon (potong nipis)
1 oren (potong nipis)
1 timun (potong separuh dan nipis)
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)
Ais
Air kosong
Sumber: H.Metro Online
Lina Karim
-Pemilik website/blog www.islamicparentingnetwork.net
- Penceramah dalam bidang keibubapaan dan pendidikan al Quran kanak-kanak
- Penulis Ebook :
i) Ebook Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman
ii)Ebook Kenali Anak Anda,
iii) Ebook Panduan Mengajar Sendiri Mental Arithmetic pada Anak
iv)Ebook Teknik Baca Cepat
v) Ebook Belajar Semasa Tidur
- Kelayakkan Akademi :
i)Certified NLP (Neuro Linguistic Programming), USNFNLP
ii)Certified Ericsonian Hypnotherapy, AAH, US
iii) Diploma in Applied Science, UITM
iv) Diploma in Clinical Aromatherapy, IFPA, UK
Latest posts by Lina Karim (see all)
- Biar Anak Kenal Sejarah Tentera Salib di Malaysia - 2016/07/28
- Apa Yang Berlaku Bila Bulan Mengambang? - 2016/07/15
- Apa yang Perlu Diajar Dalam Homeschooling Generasi Ulul Albab Zaman Milenia - 2016/06/08