Bila Anak Sudah Mula Bersekolah Dan Berkawan

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya jika saya katakan kita perlu mengajar anak dalam memilih kawan. Kita mengajar mereka diskriminasi?
Ada yang berkata biarkan mereka berkawan dan jika kawan yang dikawannya itu tidak baik, doakan supaya kawannya itu berubah menjadi orang yang baik, semoga kemudian anak kita akan menjadi baik juga. Bermakna ini adalah usaha satu hala. Kita tidak memberikan mereka ilmu mencari kawan, mengingatkan mereka tentang syaitan yang sentiasa mencari jalan cara untuk menyesatkan mereka melalui ‘pengaruh kawan’ dan kita hanya mengharapkan yang terbaik dengan hanya berdoa.
Allah juga telah memperingat dan mengisyaratkan manusia dalam usaha mencari kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
Pertama, kita sebagai ibubapalah yang sepatutnya menjadi kawan terbaik dalam hidup anak kita bermula dari mereka masih kanak-kanak hingga menginjak ke zaman alam remaja. Jika kita tidak dapat meminjamkan ‘masa’, ‘telinga’ dan ‘mata’ kita untuk anak, maka jangan salahkan mereka untuk mencari kawan diluar dan akhirnya lebih mempercayai kawan mereka daripada kita sendiri. Cerita Nabi Yusuf adalah contoh terbaik dalam peranan ibubapa dalam menjadi kawan baik kepada anaknya. Orang pertama yang Nabi Yusuf ceritakan perkara yang mengganggu fikirannya, bukanlah kawan sepermainannya tetapi bapanya iaitu Nabi Yaakob. Dari situ kita tahu hubungan bapa dan anak ini telah lama dibentuk dan ianya berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain.
Didalam surah Yusuf dan Surah Luqman, ada banyak pengajaran tentang Parenting/Keibubapaan. Ia bukanlah hanya satu cerita lama yang berlaku di zaman dahulu kala. Ia sangat relevan dalam konteks mendidik anak dizaman ini.
Mengajar anak dalam mencari kawan yang baik adalah seperti mengajar mereka LIFE & SOCIAL SKILL. Saya sentiasa menasihatkan anak-anak saya tentang kawan sejak dari kecil, sejak mereka 3-4 tahun, sejak mereka tidak tahu apa-apa lagi tentang kehidupan. Bila mereka berjumpa dengan kawan baru, pengalaman baru atau apa sahaja, pasti mereka balik bercerita tentang kawan mereka dengan saya. Walaupun ada kalanya cerita mereka itu ada yang pahit untuk didengar, tetaplah bersama mereka hingga habis mereka meluahkannya. Kemudian barulah nasihatkan mereka cara berlapik dan halus.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim, sabda Rasulullah s.a.w:
Selain mengajar dan menasihati dalam memilih kawan, pendedahan persekitaran yang kita dedahkan juga menggalakkan mereka kepada kawan yang baik.
Contohnya sekolah yang kita hantar atau aktiviti extra curricular yang kita masukkan, akan menumbuhkan semangat dan rasa yang ditimbulkan tanpa sedar apabila mereka melihat kawan-kawan disekeliling mereka. Contohnya, saya menghantar anak saya ke kelas karate dimana kanak-kanak disitu bersungguh-sungguh berlatih untuk memasuki pertandingan.
Apabila mereka ke kelas renang di pusat akuatik dimana mereka lihat perenang2 berlatih untuk peringkat negeri. Apabila saya menghantar mereka ke latihan berkuda, mereka melihat kawan yang sama baya yang memasuki pertandingan berkuda. Ini semuanya akan menimbulkan keinginan yang sama. Keinginan untuk berdaya saing.
Memang bukan mudah mendapatkan suasana yang terbaik untuk anak kita. Tetapi ianya bukanlah mustahil. Semua ini tidak akan dapat terlaksana jika (sebagai contoh sahaja) kita tidak mahu mengorbankan atau melepaskan waktu menonton drama bersiri setiap petang, selepas pulang dari kerja. Ataupun setiap minggu kita tidak mahu ‘miss’ Tayang Cerita Hindi hari Sabtu. 3 jam kita menonton TV cerita hindustan (Contohnya Kabhi Khusyi Kabhi Gam) hingga meleleh air mata menangis, bermakna 3 jam juga anak menonton diri kita, satu teladan atau contoh yang tidak baik untuk mereka. Selepas itu jika mereka ingin menonton TV kita tidak membenarkan dan suruh mereka belajar sahaja. Terus terang saya katakan saya juga selalu menangis menonton cerita Tamil dan Hindustan ketika muda dulu dan kemudian sedar akan membazirnya airmata saya itu dan berjanji tidak akan menontonnya lagi. Sekarang sudah berpuluh tahun saya tidak menonton TV.
Dibawah adalah antara gambar aktiviti anak saya selain dari mereka belajar membaca dan menghafal al Quran serta latihan membaca dan mental arithmetic. Letakkan cursor pada gambar dan penerangan aktiviti ada pada setiap gambar. Bayangkan mereka bukan dipaksa melakukan aktiviti ini. Mereka sendiri mengingatkan saya (sebagai drebar tak rasmi) akan jadual mereka setiap hari.
- Penyerahan Tali Pinggang Hijau Kepada Darwish
- Penyerahan Tali Pinggang Hijau Kepada Darwisya
- Pertukaran Tali Pinggang
- Darwisya dengan kuda kegemarannya bernama Tara
- Semasa Latihan Berkuda
- Darwisya sedang melakukan Butterfly Stroke
- Darwish sedang menjalani latihan memanah
- Darwisya Ketika Pertandingan International Mental Arithmetic Competition
[hcshort id=”8″]
Lina Karim
-Pemilik website/blog www.islamicparentingnetwork.net
- Penceramah dalam bidang keibubapaan dan pendidikan al Quran kanak-kanak
- Penulis Ebook :
i) Ebook Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman
ii)Ebook Kenali Anak Anda,
iii) Ebook Panduan Mengajar Sendiri Mental Arithmetic pada Anak
iv)Ebook Teknik Baca Cepat
v) Ebook Belajar Semasa Tidur
- Kelayakkan Akademi :
i)Certified NLP (Neuro Linguistic Programming), USNFNLP
ii)Certified Ericsonian Hypnotherapy, AAH, US
iii) Diploma in Applied Science, UITM
iv) Diploma in Clinical Aromatherapy, IFPA, UK
Latest posts by Lina Karim (see all)
- Biar Anak Kenal Sejarah Tentera Salib di Malaysia - 2016/07/28
- Apa Yang Berlaku Bila Bulan Mengambang? - 2016/07/15
- Apa yang Perlu Diajar Dalam Homeschooling Generasi Ulul Albab Zaman Milenia - 2016/06/08
Teringin sangat nk jdikan ank2 mcm darwish n darwisya.