4 Langkah Untuk Meletakkan Idola Terbaik Dalam Hati Anak

Semalam saya berbuka di Hotel De Palma. Sebabnya turun ke sini adalah kerana saya dapat tahu adik Musa akan berada disini. Semasa membuat pembelian boucer Berbuka Puasa di kaunter, saya bertanya dimanakah meja adik Musa nanti semasa berbuka puasa . Manalah tau dapat duduk dekat dengan meja dia.. bolehlah tangkap gambar dengan anak saya.
Tapi rasa hampa bila saya diberitahu adik Musa tidak akan berbuka dengan orang ramai kerana dia terlalu dikerumuni hingga dia menangis dan muntah sejak hari pertama datang ke Malaysia pada minggu lepas. Dia cuma akan berada di pentas dan bila selesai.. dia akan kembali ke biliknya. Pasrah macam tu sahajalah nampaknya. Lebih parah lagi, bila saya diberi meja nun dibahagian hujung belakang sana.. jauh dari pentas. Nak buat lagu mana kan? Saya ingat saya cepat, rupanya ada orang lagi cepat. Haha..
Saya memujuk diri saya sendiri dengan berbisik.. tidak mengapalah. Saya pergi ini untuk tunjukkan kepada Allah bahawa saya sudah berusaha untuk memberi idola terbaik kepada anak saya. Saya pergi ini juga untuk memperlihatkan kepada anak-anak saya yang saya benar suka dan akan berusaha sedaya boleh untuk melihat kanak-kanak itu. Secara langsung akan memberi gambaran apa yang disanjung oleh saya dan apa yang di benci dari saya melalui tingkah laku dan usaha bersungguh saya. Kita perlu ingat.. “Actions speaks louder than words” InsyaAllah akan membentuk idola dalam hati mereka.
“Your children will see what you’re all about by what you live rather than by what you say”
Memang hajat dihati pergi tu untuk tunjukkan idola hafiz ini kepada anak saya dan nak bergambar dengan anak2 anak saya.. tapi tak dapat peluang. Pegawai hotel kawal dia cukup baik. Rasa sedih juga tak dapat ambil gambar. Tapi rupanya Allah nak bagi peluang yang lebih baik.
Bila diumumkan Adik Musa sudah tiba dipentas oleh MC.. kedua-dua anak saya meminta izin untuk meninggalkan meja makan lalu menderu laju ke arah pentas dimana adik Musa duduk. Darwisya pula meminta izin menggunakan handphone saya untuk mengambil gambar adik Musa sebelum itu. Sudah tentulah saya benarkan dimana saya juga ikut sekali.. Kelihatanlah kekaguman mereka dengan Adik Musa. Huh! Rasa berbaloi pelaburan masa, tenaga dan wang saya untuk saya kesini bila melihat wajah anak saya seperti itu.
Dan lebih menarik lagi, tanpa dijangka, Darwish mengangkat tangan bila MC bertanya ada sesiapa yang ingin membaca apa-apa surah untuk Adik Musa sambungkan. Ha.. Darwish pun dipanggil ke pentas dan terus melafazkan ayat 5 surah al Fath. Dia membacanya separuh dan ayah adik Musa menyuruh Darwish memanjangkan lagi bagi adik Musa menangkap ayat tersebut. Darwish memanjangkannya dan Alhamdulillah dia dapat melihat adik Musa menjawabnya dengan baik.
Itu dia yang telah ditetapkan oleh Allah. Peluang hanya untuk bergambar cuma, yang saya rasa sangat tipis akhirnya berakhir dengan anak saya satu pentas berinteraksi dengan ayat al Quran sesama mereka.
Elok sangatlah tu bila kejadian itu, saya memang tengah kalut untuk ingat buat apa.. Darwisya mengambil video rakaman dibawah ini. Bolehlah dibuat kenangan..
Nak ditambah sedapkan ceritanya lagi… semalam saya juga bermalam di hotel de Palma. Selepas check in, kami pun mencari nombor bilik kami di tingkat 6. Sedang mencari nombor bilik.. terdengar suara kanak-kanak lelaki mengaji. Rupanya itu bilik adik Musa. Allah dah aturkan untuk mereka berjumpa. Orang hotel kawal macam mana pun.. takdir Allah dapat juga bergambar ni ha.. Apa lagi, saya lah jadi jurukamera menangkap gambar mereka berdua ini di luar bilik kami.
Kalau kita perhatikan, jika dimajlis-majlis, mereka berdua ini akan pakai jubah, oleh kerana ni gambar diluar bilik je.. keduanya sempoi je. Adik Musa siap pegang table standee bilik hotel dia lagi tu.
Alhamdulillah saya rasa lega kerana dapat menunaikan salah satu tugas penting saya.. iaitu menarik anak-anak saya dan mendekatkan mereka dengan idola terbaik seusia mereka. Jika kita tidak campur tangan secara aktif, mereka mungkin akan melakukannya sendiri dengan membuat pemilihan yang merosakkan. Bukan sedikit idola yang merosakkan untuk mereka itu. Bukakan saja kaca TV rumah kita itu, pelbagai hero kartun yang tidak masuk akal termasuk bermacam-macam rancangan kanak-kanak berbentuk hiburan yang kelihatan diagungkan kehebatannya dan memberi isyarat kepada otak mereka apa yang perlu dilakukan dalam dunia ini untuk mendapat sanjungan begitu. Kita mendedahkan mereka kepada idea untuk fokus mendapatkan sanjungan dan pujian manusia.
Kita juga perlu ingat, selain dari TV, mereka juga akan terdedah dengan tekanan dari kawan-kawan. Kajian psikologi tentang ‘peer pressure’ kawan-kawan pernah direkodkan dimana kebarangkalian untuk seseorang berubah fikiran pertama mereka dan terikut dengan majoriti adalah besar jika mereka tidak mempunyai idola yang membentuk visi, misi serta prinsip hidup mereka. Memang benar kita selalu berkata kepada anak kita bahawa idola terbaik adalah Rasulullah s.a.w. Tetapi jangan salahkan mereka jika mereka tidak menghayati apa yang kita kata itu kerana ceteknya pengetahuan mereka tentang Rasulullah s.a.w. berbanding kita. Maka dengan itu kita perlu mendekatkan mereka dengan susuk tubuh yang dapat mereka lihat dan dengar dengan mata kepala mereka itu juga.
Oh, saya masih ingat tentang cerita waktu Justin Bieber datang ke Malaysia pada satu waktu dahulu. Heboh dengan aksi gadis -gadis Melayu kita yang agak tidak sepatutnya. Adakah mereka ini tidak mengenal Rasulullah s.a.w? Saya pasti mereka tahu tentang Rasulullah s.a.w tetapi kerana pendedahan mereka selama ini terhadap dunia itu, menyebabkan mereka lebih cintakan susuk tubuh yang dapat mereka lihat dan dengar dari seseorang yang tidak pernah mereka temui selama ini.
Ini Pula Cara Saya Meletakkan Idola Terbaik Dalam Hati Anak Saya
Okay.. disini saya ingin kongsikan cara saya dalam usaha mencetak idola yang akan disukai oleh anak.1. Bersungguh dalam Bercerita
Kita tidak boleh hanya memberitahu, kita juga perlu menunjukkan kesungguhan bercerita dan berusaha mendekatkan mereka dengan idola tersebut.
2. Libatkan Emosi
Contohnya tentang adik Musa ini, saya pertontonkan video adik Musa berulang kali dan sambil menonton tanpa saya sedar air mata saya mengalir dan anak saya melihat saya sambil berkata:
Darwish : Why are you crying Mom?
Saya : Nothing.. (sambil menggosok habuk yang masuk mata). I just hope one day you can hafaz the whole Quran like him.
Darwish : Yes mom.. I will InsyaAllah. (dia diam sebentar kemudian dia menyambung )… I will be like him one day!
Tanpa saya sedar dan tidak terancang pun akan kejadian itu, saya telah melibatkan emosi dia. Dia kelihatan termenung sebentar dan memerhatikan adik Musa bersungguh-sungguh.
3. Keseronokkan Kita Tonjolkan Umpama Anak Gadis nak Berjumpa Pop Star Pujaan Mereka
Bila saya dapat tahu akan adik Musa datang ke Kuala Lumpur, dia pulang sahaja dari sekolah, saya dengan gembiranya menjerit memanggil nama dia dan memaklumkan adik Musa akan datang dan kita perlu pergi melihat dia dari dekat.
Okay.. ianya macam dah keterlaluan kan? Saya kongsikan sedikit ya.. exaggeration adalah sangat penting untuk membentuk idola dalam hati dan jiwa anak-anak kita. Mereka akan terkezzut dan termangu melihat telatah ibu mereka yang macam budak-budak tetapi kemudiannya mereka akan rasa happy sama. Bila dah happy tu maksudnya signal dah masuk.. Perasaan kita itu mudah berjangkit terutama kepada anak kita. Jangkitan perasaan yang kuat memerlukan exaggeration yang kuat juga. Bila mereka gembira bermaksud mereka telah pun menerima idola itu ke dalam minda mereka, otak mereka akan mengeluarkan hormon oxytoxin dan menyebabkan ianya menjadi satu peristiwa manis atau momen indah yang tidak dapat mereka lupakan. Kita sebagai ibu, jangan jadi ibu yang sangat membosankan. Jangan sorokkan perasaan gembira kita itu, sebenarnya lebih banyak manfaat jika ia tonjolkan.
4. Selalu bercerita apa idola mereka lakukan untuk menjadi seperti itu.
Biar mereka tahu, siapa usaha lebih, Allah akan bagi lebih. Kaji bagaimana idola mereka berjaya dan kongsikan dengan anak. Ini dapat memberikan mereka idea apa yang patut mereka lakukan untuk menjadi seperti itu. Mereka juga akan lebih menghargai jika seseorang itu lebih berjaya dari mereka kerana tahu betapa susahnya usaha yang perlu dikeluarkan untuk sampai ke tahap itu.
“When you are not practicing, remember, someone somewhere is practicing, and when you meet him he will win”
Semoga pengalaman malam semalam mereka melihat adik Musa dengan mata kepala mereka sendiri, membekas dalam jiwa mereka selamanya.
[hcshort id=”15″][/su_note]Lina Karim
-Pemilik website/blog www.islamicparentingnetwork.net
- Penceramah dalam bidang keibubapaan dan pendidikan al Quran kanak-kanak
- Penulis Ebook :
i) Ebook Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman
ii)Ebook Kenali Anak Anda,
iii) Ebook Panduan Mengajar Sendiri Mental Arithmetic pada Anak
iv)Ebook Teknik Baca Cepat
v) Ebook Belajar Semasa Tidur
- Kelayakkan Akademi :
i)Certified NLP (Neuro Linguistic Programming), USNFNLP
ii)Certified Ericsonian Hypnotherapy, AAH, US
iii) Diploma in Applied Science, UITM
iv) Diploma in Clinical Aromatherapy, IFPA, UK
Latest posts by Lina Karim (see all)
- Biar Anak Kenal Sejarah Tentera Salib di Malaysia - 2016/07/28
- Apa Yang Berlaku Bila Bulan Mengambang? - 2016/07/15
- Apa yang Perlu Diajar Dalam Homeschooling Generasi Ulul Albab Zaman Milenia - 2016/06/08